live without discrimination

Rabu, 10 November 2010

Dugaan November 2010.

Bulan November tahun 2010 buat kali pertama aku mengharungi begitu banyak dugaan.Memang boleh buat sakit kepala sampai tahap stress.
Macam-macam nak kena bayar.Kereta,road tax+insurans,moto,road tax+insurans,bayar habis semua hutang motor aku yang hilang kena curi,rumah sewa,arghhh...banyaknya nak kena bayar..damn!
Beberapa bulan sebelum tibanya bulan November memang aku dah buat persiapan.tapi ala kadar je.Inilah hasilnya bila tak ambil serious.Dulu masa beberapa bulan sebelum tibanya November aku slalu cakap kt diri sendiri "ahh awal lagi,nak kalut apa..nanti-nanti nak dekat bulan 11 baru simpan duit".
Dan terimalah padahnya..bulan 11 aku dah mula memasak,pagi sarapan kt tempat kerja,free.Jadilah walaupun roti+butter+jem+kopi je.Walaupun dah muak tapi aku telan jugak la..jimat..jimat.
Balik kerja aku masak.Masak dalam kuantiti yang banyak.Memang stok makan tahap orang kebulur la aku masak.Sebelum tido makan macam orang kebulur.Pagi pergi kerja aku tapau je makanan yang aku masak malam sebelumnya tu.Mujur jugak la office aku ada microwave.Merasa jugak la makan makanan panas macam baru dimasak.Kalau takde menatang microwave tu memang aku makan makanan sejuk la sebab makanan yang aku masak tu,masa malamnya aku letak dalam peti ais,takut basi.hehe..jimat itu penting!
Begitulah hari-hari yang aku lalui sepanjang bulan November ni.Setakat ni semuanya berjalan lancar.Ada hikmah jugak disebalik masalah-masalah yang menimpa aku untuk bulan November ni.Aku dah semakin pandai memasak,dengan penuh skill gitu!Member serumah ramai yang puji masakan aku,tak tau la diorang puji ikhlas atau jaga hati sebab taknak kaki diorang aku hentak dengan lesung batu.Satu lagi kebaikan yang aku dapat,aku dah pandai berjimat-cermat.Kalau dulu borosnya mengalahkan mak datin bershoping.Bagus..satu perubahan yang positif.Harapnya bulan December nanti dan bulan-bulan yang seterusnya akan lebih baik untuk aku dan aku dapat menjalani hari-hari yang penuh dugaan dan cabaran ini dengan penuh ketabahan dalam diri.

P/S:Moral of the story,berjimat cermat dan beringat-ingat la sebelum susah.Jangan buat perkara last minit,nanti semua jadi kelam kabut. :)

Ahad, 9 Mei 2010

boleh percaya ke?mari kita fikir bersama



Kalau tak nak TERMAKAN BABI, bacalah sampai habis. Mungkin boleh dijadikan panduan bersama.

"Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain saperti lard (minyak babi),pork fat (lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine (perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

cerita seorang saksi:

Saya pernah bekerja di hotell KL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll, chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi.

Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan .

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik. Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger.

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.

Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu Malaysia (Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya.

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa, kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi.

Rabu, 21 April 2010

Pertukaran Waktu

Setelah sekian lama aku bekerja selama 12 jam sehari dan terperap didalam opis yang seringkali membuatkan aku hampir-hampir gila,akhirnya bos aku mengumumkan "ok la mulai arini kita semua kerja 8 jam sahaja"(dengan pelat cina)

Aku pekerja yang paling seronok tak terhingga.apa tidaknya..lepas ni barulah aku menjalani hidup sebagai manusia normal.balik keje boleh gi jogging.malam boleh pergi gym.melepak dengan kawan2 sambil mengadap muka mamak yg itam itu unggul.

terima kasih bos kerana memahami bahawa 'aku adalah manusia'.
aku bukan robot.
aku juga mahu menjalani hidup seperti manusia biasa.
horey!

Jumaat, 16 April 2010

Secret Society Freemason


Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Freebermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.
Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.





Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.
Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.
Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara 'underground' dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.

Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus.
Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.

Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.
Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.

Knights of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.
Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!
Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.

Mengetahui hal ini, Raja Perancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan Ordo Knights of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!
Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.

Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.

Dipetik Dari:FOM






Selasa, 13 April 2010

bebelan dari seorang yang membosankan


pagi tadi aku bangun tido nk pegi keje..rasa mcm si pandir je masuk bilik air.jalan tunduk habis mcm pinggang rosak.semua gara2 malas.

tapi apakan daya..aku bangun lambat..terpaksa jugak la mandi dengan kelajuan 120kmj.
sambil berak akibat makan berlebihan malam tadi sambil gosok gigi.
mmg tak boleh diterima nafsu idong aku bila berak sambil gosok gigi.
tapi apa boleh buat..aku terdesak..masa bertindak kejam terhadapku.
semua keje aku buat 2 dalam 1.
sambil syampu rambut sambil kumur listerine.rasa listerine dari dulu buat aku rasa mcm nk mampuih!
tiap kali kumur mesti aku rasa nak muntah.
tapi entah la..mmg aku rasa wajib untuk kumur jugak cecair yg menyiksakan tu.sebab aku sedar bau nafas aku terlalu wangi untuk santapan khalayak ramai.
cuma cuci muka je aku fokus sikit..tanpa ada gangguan dari kerja2 lain.maklumlah..nk muka licin.
tapi muka sama je...takde la licin mana pun..lagi2 tang atas idong...skali picit penuh keluar keputihan.(betul ke perkataan yg aku gune tu?)


siap mandi cergas sarung boxer aku yang baunya harum gurih nikmat,sarung seluar yg wangi bagi idong aku dan sarung baju t-shirt.keje aku tak perlu pakai formal sangat.
rambut aku lap cincai2 je guna tuala busuk.
takde masa nk menggayakan rambut..so aku gayakan fesyen 'serabutkusutlakepompo' yang berasal negara bawah tanah.bila masa wujud negara tu..?hanya dalam mimpi aku je.

siap semua..panaskan enjin moto sambil sedut sebatang asap beracun.wajib sebab aku ada kiraan aku sendiri.bagi aku habis sebatang rokok tu adalah pengukur bahawa enjin moto aku dah panas.naik kete gi keje kt k.l ni?boleh tambah stress la..satu lagi sebab nk jimat minyak.

enjin dah panas..apa lagi..vrooommm!!bawak slow je sbb aku tau pagi2 ada bnyk awek kolej kejururawatan dok tunggu bas.aku dengan muka nk taknak je pandang diorang sebab aku rasa diorang dok pandang aku..peduli la sapa pandang sapa bukan dapat untung pun..(tapi awek2 tu semua comel2)

masuk je jalan besar...tgk jalan jem..otak aku dah mula kusut..stress.
automatik otak aku melayang.aku berangan.."igt lepas ni nk benti keje..nk cari keje kt kampung..tak kisah keje apa..keje nelayan best jugak..hari2 lepak kt laut..pantai..aman je"

tapi sekejap je boleh berangan..ada kereta 'PONN!!'
cibailah..lu igt kereta besar suka2 boleh hon aku?
aku marah dlm hati je la..nk marah jerit2 pun bukan dia dengar.

akhirnya puas cilok sana cilok sini..sampai la tempat keje..

itulah ceritanya aku cuma nk bagitau dalam otak aku ni..kampung..kampung..kampung..aku bukan spesis suka duduk dibandar.
kalau diberi pilihan..aku lagi suka duduk di kampung..lagi2 yang ada pantai..sebab aku ni memang gila pantai..tak kisahlah keje nelayan pun yang penting cukup tanggung anak bini(kalau dah kawin la,sekarang berangan dulu).takde duduk dalam kelompok yang penuh golongan hipokrit,materialistik,dan yg seangkatan dengannya.semua tu banyak di bandar.
di kampung?ada tapi tak banyak..mungkin untuk sesebuah kampung tu hanya 10% je yg berperangai mcm tu.
tapi dibandar?bagi aku 98%!

moral of the story?tak semestinya anda duduk dibandar,anda bagus,anda boleh ego,sombong,bongkak.tak semestinya anda berharta anda boleh memperlekehkan golongan yg tidak sama taraf dengan anda.harta anda hanya untuk sementara.sampai masa nyawa ditarik harta anda sudah tidak bermakna.tinggallah pewaris anda pula yg berperangai sama mcm anda berebutkan harta peninggalan sedangkan nasib anda didalam kubur?

kroihh...puas aku membebel..tido lagi best!

pernah tengok tak cerita ni?kalau belum..apa tunggu lagi..pergi geledah mana2 kedai dvd@vcd yang ada.wajib tonton.bagi aku la..bagi korang tak tau la pulak.cerita ni dah lama.
masa aku form berapa tah..cerita ni dah keluar..ini menandakan yang aku dah tua.yess!!